nak kahwin dengan lelaki merokok...?sila fikir dua tiga kali.
>> July 05, 2010
Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin
mengutamakan pasangan yang tidak merokok
Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.
Ini atas beberapa alasan;
- Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
- Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
- Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
- Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
- Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.
Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.
p/s:jadi bagaimana...?sudahkah anda bersedia...?tapi kalau dah cinta tu..merokok ke tak,semua tolak tepi.Cinta tu kan buta.aha..kepada lelaki2 sekalian...merokok membahayakan sperma anda.Ingat tu...!




7comments:
Post a Comment
phewwwiiitttt,anak sape la yang comel sangat ni..
ye la...dah memang terbukti kot.
tapi siyes izzah suke bau org isap rokok..bukan bau asap..bau die lepas isap rokok..;p
lalalala
OMG...ada jugak perempuan macam izzah ni...pelik2..
yes yes..pesanan dari kerajaan malaysia
ramai kot pembersih malah lebih bersih dari orang tidak merokok....
Post a Comment